GADIS MAUT BERHAMPIRAN SIMPANG GUGUSAN FELDA ADELA

NOR INDAH SARI MOHAMAD NORIZAN

Lensa Fz 1
KLIK Di Sini

KOTA TINGGI 12 Feb.- Seorang gadis maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 14 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi berhampiran simpang Gugusan Felda Adela dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, mangsa Nor Indah Sari Mohamad Norizan, 21, memandu berseorangan dari sarah Sungai Rengit menghala ke Bandar Penawar.

download
KLIK Di sini

Rahmat berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kenari dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan namun telah hilang kawalan dan terbabas di arah bertentangan jalan.

Menurutnya, kenderaan mangsa dipercayai berpusing tiga kali sebelum tersadai di tebing bukit timbunan tanah manakala mangsa telah tercampak keluar dari kereta sejauh lebih kurang 0.5 meter.

Katanya, akibat dari kemalangan ini mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan dalaman yang dialami.

“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan dua hala, garisan putih putus-putus sebagai pembahagi jalan.

“Cuaca baik pada waktu malam tetapi tanpa lampu jalan dan kawasan persekitaran sedang dinaiktarafkan. Kes disiasat di bawah Sek 41(1)APJ 1987,” katanya. ~MEDIAKOTA || Fazura Alid || Foto Ihsan Polis

iklan

BANNER 3a
JOM Outing KLIK Di Sini

Leave a comment