TERIMA KASIH SOKONGAN ANDA

WhatsApp Image 2017-11-30 at 20.32.25.jpeg

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullullah Nabi Muhammad S.A.W.

‎اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

 

graphics-thank-you-569910

ALHAMDULILLAH …. Jutaan terima kasih kepada anda yang setia bersama blog / website ini.

Sejak dari tahun 2013 blog / website ini dibuka, LEBIH 240,000 kunjungan telah berjaya dicapai atas sokongan anda semua… teruskan bersama MediaKota!!!

 

Layari blog/website baharu kami  KLIK foto ini:-https://mediakota.net/

 

Advertisements

IBU BAPA HARUS BIJAK MERANCANG MASA DEPAN ANAK-ANAK

_DSC9512MEDIAKOTA 24 Nov. 2017 –                Ibu bapa disarankan lebih bijak merancang masa depan anak-anak mereka kerana generasi buda ini merupakan aset negara yang akan menentukan corak pembangunan negara pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsannudin Mohd Harun Narrashid berkata, tidak dapat tidak, persediaan awal mestilah dirangka oleh ibu bapa agar masa depan pembelajaran anak-anak kita akan terjamin.

“Pendidik adalah aset penting di dalam kehidupan setiap individu dan kejayaan dalam pendidikan merupakan `pelaburan’ jangka panjang ibu bapa.

_DSC9524“Ibu bapa masa kini semakin bijak dan berfikiran lebih ke hadapan dengan merancang masa depan anak mereka, pun begitu tidak kurang juga ibu bapa yang masih memandang ringan akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka,” katanya.

Beliau ditemui berkata demikian selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan ‘Back To School 2018’ Parlimen Kota Tinggi di Dewan Komuniti Ehsan Kampung Singapura di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Zakaria Ahmad Zabidi, Pengurus Yayasan Pengerang, Mohammad Syahrin Rosmin, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak dan Penghulu Mukim Sedili Besar, Aidil Maseh.

_DSC9562Pada majlis itu, seramai 500 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Kota Tinggi menerima bantuan kelengkapan persekolahan tahun 2018 sumbangan PLUS Malaysia Berhad.

Ehsannudin berkata, sumbangan melibatkan pelajar daripada 36 buah sekolah.itu telah diberikan sejak tahun 2014 lagi bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa untuk membeli peralatan keperluan untuk memulakan sesi persekolahan.

“Ini merupakan kali keempat sumbangan seperti ini diadakan dengan sumba­ngan diberikan tanpa mengira kaum.

“Setiap pelajar menerima sepasang pakaian sekolah, kasut, setokin, peralatan sekolah dan sebuah beg bernilai kira-kira RM300,” katanya._DSC9582_DSC9584

KEJORA GIAT PROMOSI SEKTOR PELANCONGAN

_DSC8807MEDIAKOTA 23 NOV. 2017 –     Program Day Trip Tourism Kejora Siri 1 bersama MediaKota dari Muzium Nelayan Tanjung Balau ke Kampung Linting dekat sini memberi peluang kepada agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) itu mempromosi sektor pelancongan di sekitar wilayah kelolaannya.

Penolong Pengurus Bahagian pelancongan Kejora, Sheh Khayul Zahri Sheh Raof berkata, dalam program sehari itu, 35 delegasi terdiri dikalangan warga pendidik dari 25 sekolah dan wakil media tempatan dibawa melawat ke tempat menarik serta melihat pembuatan produk krafta­ngan di sini.

Menurutnya, Muzium Nelayan Tanjung Balau dipilih sebagai destinasi pertama untuk program itu dan ia merupakan permulaan deligasi ini mendapat gambaran jelas mengenai sejarah dan sektor pelanco­ngan yang terdapat disini melalui kuiz yang dianjurkan.

“Kemudian perwakilan dibawa ke perkampungan nelayan bagi menyelami kehidupan masyarakat di situ dengan mencuba menoreh getah dan belajar membuat permainan Jong sebelum melayarkannya.

“Selain itu, perwakilan juga berpeluang menabur bakti dengan menanam pokok bakau di akhir lawatan program tersebut,” katanya.

Beliau ditemui berkata demikian selepas memberi taklimat kepada perwakilan di Muzium Nelayan Tanjung Balau, Desaru di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir menyampaikan penceritaan sepanjang program Ranjer Taman Negara Johor (Endau, Rompin & Selai), Anas Fatihi Zakaria.

This slideshow requires JavaScript.

Sheh Khayul Zahri berkata, program yang julung kali diadakan itu memberi peluang kepada perwakilan mempromosikan pelancongan yang terdapat dalam wilayah Kejora dan diharap ia dapat menarik kedatangan pelancong dikalangan warga pendidik termasuk para pelajar.

AZWAN HAKIM ABD HALIM (2)

AZWAN HAKIM ABD HALIM

Seorang guru dari SK Mawai, Azwan Hakim Abd Halim 27, berkata, dia seronok dan bangga kerana terpilih bagi menyertai program yang dianjurkan ini.

“Banyak perkara yang dapat dipelajari selain lokasinya yang menarik dan sesuai buat pendedahan pembelajaran kepada pelajar,” katanya.

Rakannya Rahsidah Md Yusof, 51, dari SK Semenchu berpendapat progrm yang dianjurkan ini amat sesuai untuk semua peringkat generasi dan perlu diteruskan khususnya diperingkat sekolah.

 

_DSC8917

 

KEMAHIRAN 3M PERLU DIKUASAI DIPERINGKAT PRASEKOLAH

BADERI 1 (3)MEDIAKOTA 15 Nov.-                     Kejayaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjayakan agenda pembangunan modal insan melalui kelas tabika dan taska perlu dipuji dan ia memerlukan sokongan padu ibu bapa dan masyarakat setempat.

Timbalan Speaker negeri merangkam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki berkata, golongan ibu bapa diminta agar mengambil berat pendidikan sejak di zaman pra sekolah lagi supaya modal insan dapat dilahirkan di peringkat awal.

“Kerajaan melalui Kemas menyediakan kemudahan prasekolah secara percuma dan berharap pendidikan yang diterima itu akan menjadi asas yang bermanfaat bagi kanak-kanak tersebut.

“Tanggungjawab mendidik tidak seharusnya diserahkan kepada pihak sekolah atau guru guru sahaja, sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa memberi dorongan dan galakkan,” katanya.

BADERI 2 (1)Beliau ditemui berkata demikian selepas merasmi majlis Hari Graduasi Tabika dan Taska Permata Kemas Parlimen Tenggara 2017 di Dewan Kejora Bandar Tenggara, di sini hari ini.

Yang urut hadir Penolong Kemas Negeri Johor, Andy Surya Hussin dan Penyelia Bina Insan merangkap Penyelia Kemas Parlimen Tenggara, Nurul Ikhwan Huan @ Tik.

Dalam pada itu Baderi turut menegaskan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat prasekolah bagi memudahkan kanak-kanak apabila memasuki tahun satu.

Katanya, perkara tersebut penting kerana akan membantu perkembangan minda mereka sekali gus menanam sifat cintakan ilmu.

“Kemahiran 3M sekiranya dikuasai sejak pra sekolah akan membantu anak-anak kita apabila memasuki sekolah rendah dan ini juga akan menjadikan mereka berdaya saing.

Baderi berkata, secara tidak langsung apabila 3M dapat dikuasai, kanak-kanak akan lebih yakin dan bersedia untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar,” ujarnya yang turut menekakan aspek pembelajaran asas agama yang menjadi tunjang keimanan buat anak-anak.

BADERI 2 (2)BADERI 1 (2)NORATIYAH SALEH UDIN

40 SERTAI SEMINAR KEFAHAMAN JENAYAH SYARIAH

SYARIAH (2)MEDIAKOTA 16 Nov.-           Seramai 40 peserta terdiri dikalangan ketua kampung dan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) dalam mukim Ulu Sungai Johor menghadiri Seminar Kefahaman Jenayah Syariah anjuran Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor di Bilik Seminar Masjid Jamek Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.

Program dengan kerjasama Bahagian Peguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi itu di rasmikan oleh Penghulu Kanan Daerah Kota Tinggi, Adam Ahmad.

Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Mohd Fadzlan Mohd Zin berkata, seminar ini adalah untuk memberi kefahaman berkaitan enekmen undang-undang syariah negeri dan kuasa yang tertakluk dibawah ketua kampung, pegawai masid dan JKKK.

“Menyeru kepada berbuat baik dan mencegah dan menghindari kepada kemungkaran serta perbuatan jenayah syariah adalah elemen yang tidak dapat dipisahkan. Ia mestilah seiring bagi membentuk ummah yang sejahtera.

“Selain memberi pendedahan mengenai jenayah syariah, seminar itu turut mengajak peserta untuk turut bekerjasama membantu agensi penguatkuasa tempatan dalam memperkasakan jenayah syariah sifar khususnya di daerah ini,” katanya.

syariah 3aSeminar satu hari itu diakhiri dengan membawa peserta mengikuti operasi cegah judi di permis menual nombor ramalan sekitar bandar Kota Tinggi.

Operasi yang disertai Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Kluang itu berjaya menahan sembilan suspek orang Islam di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri Johor.

syariah 3

amin N diana