Semasa

RUMAH TERBUKA KEJORA DISAMBUT MERIAH

KOTA TINGGI 7 Julai – Majlis Rumah Terbuka Kejora yang diadakan di Dataran Tasek Bandar Penawar dekat sini berlangsung meriah apa bila lebih 4,000 hadir pada majlis yang bermula pukul 1 petang, kelmarin. (Khamis)

Hadirin dijamu dengan pelbagai hidangan seperti lemang, ketupat, kambing panggang, nasi beriani, rendang, murtabak, ice cream dan buah-buahan tempatan.

Selain masyarakat sekitar Bandar Penawar dan Pengerang turut memeriahkan majlis berkenaan ialah kakitangan dan pegawai jabatan kerajaan kawasan Pengerang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Sedili, Rasman Ithnain.

Continue reading “RUMAH TERBUKA KEJORA DISAMBUT MERIAH”

Advertisements
Semasa

Ikan Ubi 0.515 kg milik Abd Syukur Latip bernilai RM5,000

KOTA TINGGI 3 Julai – Dengan hanya menggunakan cacing sebagai umpan, Abd Syukur Latip, 39, muncul juara memancing Jom Cari Duit Raya Siri 3 di Sungai Johor di sini baru-baru ini.

Penyelia tapak di Pasir Gudang itu berjaya menaikkan ikan ubi seberat 0.515 kilogram (kg.), sekali gus menewaskan lebih 300 peserta lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Kejayaan itu merupakan yang pertama baginya walaupun sering menyertai pelbagai pertandingan memancing sejak 15 tahun lalu.

Continue reading “Ikan Ubi 0.515 kg milik Abd Syukur Latip bernilai RM5,000”

Semasa

2 BOT NELAYAN VIETNAM DITAHAN

KOTA TINGGI 1 Julai – Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili menahan dua kapal warga Vietnam kira-kira 30 batu nautika timur Kuala Tanjung Sedili dekat sini petang kelmarin.

Pemangku Ketua Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, mereka ditahan ketika menangkap ikan menggunakan pukat tunda antara pukul 3.40 hingga 4.20 petang sekali gus menceroboh perairan Malaysia.

Continue reading “2 BOT NELAYAN VIETNAM DITAHAN”

Semasa

Penyamun warga asing dicekup di Sungai Rengit

KOTA TINGGI 7 Jun – Seorang lelaki warga asing berusia 38 tahun itu dicekup di sebuah rumah kongsi di Sungai Rengit dekat sini bersama pelbagai peralatan pecah rumah dan barangan dipercayai di curi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, dengan tertangkapnya lelaki warga Indonesia itu dalam Ops Rantau, pihak polis percaya dapat membantu menyelesaikan sekurang-kurangnya 16 kes pecah bangunan di sini sejak 2017.

Continue reading “Penyamun warga asing dicekup di Sungai Rengit”

Semasa

Seorang lelaki tempatan ditahan miliki 562 kotak mercun

KOTA TINGGI 7 Jun – Sebanyak 562 kotak mercun pelbagai jenis dari 47 jenama bernilai anggaran RM30,000 telah dirampas di Felda Lok Heng Selatan di sini kelmain.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, pihaknya telah membuat satu serbuan di kawasan perumahan felda tersebut dan menangkap seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun kerana memiliki sejumlah besar mercun dan bunga api di kawasan penempatan di situ.

“Serbuan itu telah diketuai oleh pasukan Task Force Jabatan Siasatan Jenayah IPD di sini diketuai oleh Inspektor P. Devendiran pada pukul 10.30 malam 6 Jun lalu.

Continue reading “Seorang lelaki tempatan ditahan miliki 562 kotak mercun”

%d bloggers like this:
%d bloggers like this:
%d bloggers like this:
%d bloggers like this:
%d bloggers like this:
%d bloggers like this: