ATV – Uji ketahanan fizikal & mental

DSC2786.jpgSELASA 25 Julai @MEDIAKOTA – Menunggang kenderaan All Terrain Vehicle (ATV) adalah satu bentuk sukan lasak yang semakin digemari ketika ini terutama golo­ngan muda.

Mereka yang sukakan cabaran dan penga­laman baharu sudah tentu memilih ATV untuk menguji ketahanan mental dan fizikal terutama ketika melalui trek yang mencabar.

Selain beriadah, ak­ti­viti itu membantu me­ning­­katkan keyakinan diri malah kepuasan se­benar dirasai apabila berjaya mengawal dan menunggang kenderaan beroda empat itu dengan cekap.

Kewujudan ATV Park di daerah ini merupakan satu lagi tarikan baharu sekali gus bukan sahaja memenuhi keperluan rekreasi masyarakat setempat malah mampu menjana sosio ekonomi me­reka.

ATV Park berkenaan yang mula beroperasi pada Jun 2013 kini semakin mendapat sambutan. Apatah lagi kedudukannya di tepi laluan utama Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit berdepan pintu ma­suk ke Felda Air Tawar 2.

Lokasi tersebut sememang­nya mudah untuk dicari atau dikunjungi. ATV Park berkenaan menyediakan 20 kenderaan yang menjanjikan kepuasan bagi pe­nggemar sukan ekstrem.

_DSC1162

ITHNIN BUANG

Pengurus ATV Park tersebut, Ithnin Buang, 41, berkata, terdapat lebih enam laluan berbeza bermula dari 1.5 kilometer hingga 25 kilometer yang ditawarkan kepada peminat sukan ini.

“Terpulang kepada mereka untuk memilih cabaran ter­sendiri termasuk seperti pengalaman meredah laluan berliku dalam hutan serta berseronok dengan alam semula jadi,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ithnin berkata, ATV Park tersebut bermula dengan tiga buah ATV yang dibeli secara berkongsi dengan rakan-rakannya untuk menawarkan pengalaman mela­kukan aktiviti lasak tersebut.

DATUK NOOR EHSANUDDIN MOHD HARUN NARRASHID (2)

DATUK NOOR EHSANUDDIN

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid turut berbangga atas kejayaan penubuhan ATV Park yang terhasil daripada idea kreatif dan juga ino­vatif kumpulan golongan muda tersebut.

“Saya percaya trek ATV yang satu-satunya terdapat dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi ini dapat memberi pendedahan amat berguna bukan sahaja kepada warga tempatan, malah menjadi pusat tumpuan pengunjung luar dan pelancong asing.

“Inilah yang kita mahukan, pemikiran kreatif golongan muda tidak hanya disimpan sebaliknya diterjemahkan agar dapat menghasilkan kejayaan,” katanya semasa menyertai Program Yok!! ATV Endurance Parlimen Kota Tinggi 2017 bersama ketua-ketua jabatan, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Shamsuddzukha Hashim; Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang, Shamsul Bahri Md. Dali; Pegawai Rela Daerah, Jasma Khamis dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd. Sarul Nizam Khirudin.

_DSC2606P156 KOTA TINGGI

Advertisements

POLIS MENAHAN LELAKI BERSAMA PISTOL DAN PELURU

PISTOL (2)KHAMIS 27 Julai @MEDIAKOTA – Polis menahan seorang lelaki bersama sepucuk pistol dan peluru berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Tun Sri Lanang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 22 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.15 pagi oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi.

SUPT AHSMON BAJAH (4)

SUPT AHSMON BAJAH

“Sepucuk pistol buatan sendiri bersama tujuh peluru ditemui disimpan dalam bungkusan kain. Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu terlibat dalam satu kes samun dan dua kes ugutan jenayah di sekitar Kota Tinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata lelaki itu juga merupakan penagih dadah dan dia mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan Akta Barang Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Beliau berkata Mahkamah Majistret Kota Tinggi membenarkan lelaki itu direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 2 Ogos untuk membolehkan polis menjalankan sisatan lanjut mengikut Sekyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

PISTOL (1)Lensa Fz 1P156 KOTA TINGGI

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PARLIMEN PENGERANG DAN KOTA TINGGI MERIAH

AZALINA 1.JPGISNIN 24 Julai @Mediakota –              Kira-kira lebih 15,000 tetamu hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Pajabat Parlimen Pengerang yang diadakan di Mini Stadium Bandar Penawar di sini, kelmarin. (Sabtu)

Majlis yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan pemimpin dan masyarakat setempat.

Selain menghidangkan pelbagai jenis juadah turut diceriakan dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Datuk Awie, Noranizah Idris, Angah Raja Lawak Shuib Sepahtu, Datuk L. Ramli, Zamani Slam dan ramai lagi.

AZALINA 1a“Alhamdulillah, jumlah tetamu datang mengunjungi rumah terbuka Parlimen Pengerang semakin meningkat setiap tahun dan sebagai tuan rumah, kami berbangga kerana dapat meraikan mereka sempena Aidilfitri kali ini,” kata pegawai khas kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang di temui di sini.

Sementara itu pada sebelah malamnya, di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Kota Tinggi, seramai lebih 8,000 tetamu hadir di majlis Mesra Ria Aidilitri anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Tinggi.

EHSAN 1Majlis yang dimulakan dengan doa selamat diikuti dengan marhaban serta persembahan nasyid dari pelajar tahfiz Al-Bushro Tanjung Sedili sebelum dihiburkan dengan persembahan artis.

Menariknya pada majlis itu turut dikunjungi mahasiswa 25 pelajar daripada Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Indonesia yang mengadakan program di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi di sini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama,, Asiah Md. Ariff dan Pengurus Besar Kejora, Norazman Othman.

Oleh Fazura Alid

EHSAN 2

REUNION SSA BATCH 1976-1980 MERIAH

DSC_5956Ahad 23 Julai @MEDIAKOTA –           Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin (SSA) Felda Bukit Besar, Kulai di sini telah menganjurkan majlis pertemuan semula (Reunion) di sekolah tersebut semalam.

Pengerusinya Kahar Darwin berkata, ini adalah kali kedua alumni sekolah tersebut mengadakan perhimpunan seperti itu yang mengumpulkan semua bekas pelajar tahun 1976 – 1980.

DSC_6123

KAHAR

Menurutnya, seramai 82 alumni (tidak termasuk keluarga) dan bekas guru sekolah itu hadir pada majlis yang dianjurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya,, sebelum ini (2015) seramai 69 bekas pelajar datang dimajlis yang diadakan di Dewan Bandar Kejora Bandar Tenggara dan tahun ini ada pertambahan kehadiran ahli.

“Kami berharap reunion ini bukan sekadar hanya untuk berjumpa rakan-rakan lama, berborak dan makan-makan sahaja, tetapi jauh daripada itu.

DSC_5977“Kami mahu menggerakkan satu komuniti besar ini supaya kembali menyumbang kepada sekolah yang dulunya menjadi tempat kami menimba ilmu,” katanya ketika ditemui dalam majlis itu di sini semalam.

Yang turut hadir bekas guru matematik sekolah itu, Kadirin Karimun, 71, dan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sidek Sarman.

Mengulas lanjut, Kahar memberitahu, mahu kumpulkan lebih ramai lagi alumni dan untuk permulaan akan melancarkan tabung kebajikan untuk membantu rakan-rakan alumni selain sumbangan kepada sekolah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi nya di talian 013-7019100.

Oleh Fazura Alid

DSC_5943DSC_5950DSC_5984

 

TAAT DAN SETIA KEPADA PEMIMPIN

AZALINA 121 Julai @MEDIAKOTA –                   “Dalam prinsip berorganisasi, kita hanya ada satu ketua iaitu presiden kita dan perlu taat pada pemimpin kita.

Demikian ditegaskan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said pada Persidangan Perwakilan UMNO bahagian tersebut yang di rasmikan oleh Bendahari UMNO merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak.

DSC_5310Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, atas prinsip itu, semua ahli parti harus menyokong pemimpin serta siapa calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, jika tiada kuasa, UMNO tidak boleh mentadbir negara dan nasib orang melayu tidak akan terbela.

UMNO 1D (2)“Tetapi yang lebih penting kita sebagai ahli UMNO pastinya tidak akan berhenti daripada berhadapan dengan gerakan yang hendak memecahkan kekuatan parti orang Melayu.

“Insya-Allah saya yakin rakyat di Pengerang nampak kerja keras UMNO dalam membangunkan Parlimen ini. Seperti yang disebut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita perlu berjiwa besar menerima keputusan parti. Bekerja keras untuk kebaikan bersama dan kelangsungan UMNO demi masa depan anak cucu kita,” katanya.

Persidangan itu dihadiri seramai 276 perwakilan daripada 33 cawangan UMNO bahagian itu.

Yang turut hadir Timbalan Ketua merangkap ADUN Tanjung Surat, Datuk Ir Syed Sis Syed bdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO bahagian Pengerang merangkap ADUN Penawar Hamimah Mansor.

Oleh Fazura AlidAZALINA 3Lensa Fz 1

%d bloggers like this: