ENAM PATI DICEKUP DI LADANG FOH CHONG

PATILensa Fz 1KOTA TINGGI 12 Feb.- Polis Daerah Kota Tinggi terus memperhebatkan operasi dengan menahan enam pendatang tanpa izin (PATI) termasuk dalam satu serbuan di rumah kongsi Ladang Foh Chong, Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru di sini, awal pagi kelmarin (Rabu).

Dalam serbuan 12.30 pagi itu, mereka yang berusia 35 hingga 42 tahun panik cuba melarikan diri namun ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, operasi diketuai Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Inspektor Mohd Adzim Fairus Ramli bersama empat anggota memeriksa kesemua penghuni rumah kongsi tersebut selepas menerima maklumat terdapat PATI di kawasan terbabit.

Katanya, hasil pemeriksaan kita mendapati enam PATI terdiri tiga lelaki dewasa da tiga wanita dewasa warganegara Indonesia berusia antara 35 dan 42 tahun melakukan pelbagai kesalahan melanggar Akta Imigresen.

“Siasatan awal mendapati enam PATI yang ditahan ini telah berada di ladang tersebut sejak dua bulan lalu dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah untuk tinggal di Malaysia.

“Kesemua PATI dibawa ke Balai Polis Kota Tinggi untuk ditahan reman selama tempoh 14 hari untuk siasatan lanjut. Kes di bawah seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) ,” katanya.~MEDIAKOTA || Fazura Alid || Foto Ihsan Polis

 

download

BANNER 3
JOM Outing KLIK Di Sini

Leave a comment